save your energy

Saturday, August 13, 2011

Tips: Juzu' Al quran

Bismillahhirrahmannirrahim..


Saya nak kongsikan satu tips berguna untuk korang semua. Tips ini adalah untuk mengetahui muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran. 

Tolak satu, darab dua kemudian tambahkan belakang jawapan tu dengan no 2
( -1 x 2 -----> belakang hasil darab tu letakkan no 2)

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4
4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 
9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 
22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...


No comments:

Post a Comment