save your energy

Monday, August 8, 2011

Aku di Tahun 4

Alhamdulillah, kini aku berada di tahun 4 iaitu tahun terakhir bagi pelajar jurusan agama di Jordan. Tahun 4 bermakna madah@subject yang bakal aku ambik makin berat jadi aku perlu berusaha lebih untuk menaikkan muadal setanding dengan kawan-kawan aku yang lain. 

Pihak universiti yarmouk dah keluarkan jadual pengajian untuk semester depan, jadualnya macam gambar kat bawah ini:


Bila dah keluar jadual ini bermakna aku dah kena pilih madah & pilih doktor juga. Tarikh tasjil madah pun dah tak lama je, lagi 7hari dari hari ini. Even tinggal 7madah terakhir yang aku kena ambil tapi aku rasa sedikit 'cuak' disitu, tahun akhir, madah berat, muadal? Allahuakbar.

InshaAllah, aku akan cuba berusaha lebih lagi, "alang-alang dah ambik kos ni biarlah sampai ke akhirnya, biarlah susahpun tapi kita kena cuba buat yang terbaik". 

Kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak & family ku yang jauh dimata tapi dekat dihati, mohon doa daripada kalian. Moga doa dari kalian dan usaha-usaha aku ini, Allah permudahkan dan terus beri kejayaan didunia dan akhirat. Ameen.

No comments:

Post a Comment